Membongkar – Merawat – Melega –Menyembuhkan
Saturday, May 2, 2009

Cerita Penghidap Penyakit Resdung  

Pada Ishak Basiran, 39 yang menderita menghidap resdung selama 20 tahun sejak mengalami komplikasi penyakit itu sejak berada di tingkatan lima pada tahun 1986, beliau telah pernah merasai boleh dikatakan hampir semua kesan penyakit tersebut.

“Bayangkan kesukaran yang saya alami apabila hingus meleleh tanpa henti semasa pergi ke kuliah ketika berada di universiti. Sebelah tangan terpaksa memegang tisu atau sapu tangan untuk mengelap hingus ketika menduduki peperiksaan,” kata bekas jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea itu yang kini telah bergelar usahawan.

Ketika itu, Ishak selalu mengalami bersin pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan semasa terkena kipas angin. Ini menyebabkan mata menjadi gatal dan berair serta sakit kepala. Pada masa yang sama juga beliau berasa malu akibat nafas yang berbau.

Disebabkan tidak tahan dengan penyakit itu, Ishak bertekad pergi berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga (ENT) di hospital swasta di Jalan Pelabuhan Klang, Selangor yang mengesyorkan agar beliau menjalani pembedahan. Nasihat tersebut terpaksa ditolak kerana beliau belum bersedia.

Dan selepas itu, pada sekitar pertengahan tahun 1999, salah seorang rakannya memberi cadangan agar beliau mengambil suntikan diprospan di sebuah klinik swasta di Sabak Bernam. Rakannya itu juga menghidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung.

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories