Membongkar – Merawat – Melega –Menyembuhkan
Saturday, May 2, 2009

Kemudaratan Resdung  

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Cerita Tentang Resdung  

MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menunjukkan tanda - tanda resdung (sinusitis) .

Resdung (Sinusitis) ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Resdung (Sinusitis) juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah resdung . Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.

Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur. kesan resdung , lebih lanjut

Resdung punca nafas berbau ?  

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton - simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.

Tanda-tanda resdung  

Adakah anda mengalami SIMTOM atau tanda masalah resdung berikut ? :

  • Hidung tersumbat
  • hidung dan tekak mengeluarkan
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainya

Cerita Penghidap Penyakit Resdung  

Pada Ishak Basiran, 39 yang menderita menghidap resdung selama 20 tahun sejak mengalami komplikasi penyakit itu sejak berada di tingkatan lima pada tahun 1986, beliau telah pernah merasai boleh dikatakan hampir semua kesan penyakit tersebut.

“Bayangkan kesukaran yang saya alami apabila hingus meleleh tanpa henti semasa pergi ke kuliah ketika berada di universiti. Sebelah tangan terpaksa memegang tisu atau sapu tangan untuk mengelap hingus ketika menduduki peperiksaan,” kata bekas jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea itu yang kini telah bergelar usahawan.

Ketika itu, Ishak selalu mengalami bersin pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan semasa terkena kipas angin. Ini menyebabkan mata menjadi gatal dan berair serta sakit kepala. Pada masa yang sama juga beliau berasa malu akibat nafas yang berbau.

Disebabkan tidak tahan dengan penyakit itu, Ishak bertekad pergi berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga (ENT) di hospital swasta di Jalan Pelabuhan Klang, Selangor yang mengesyorkan agar beliau menjalani pembedahan. Nasihat tersebut terpaksa ditolak kerana beliau belum bersedia.

Dan selepas itu, pada sekitar pertengahan tahun 1999, salah seorang rakannya memberi cadangan agar beliau mengambil suntikan diprospan di sebuah klinik swasta di Sabak Bernam. Rakannya itu juga menghidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung.

Kesan Resdung  

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.
Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.
Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-tanda resdung  

Gatal mata, hidung, telinga dan muka, kerap bersin, berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).